Sunday 9 July 2023

Married 24/12/2022

Assalamualaikum blogger. Ain married already. Nur Amirul Hadi Bin Shuhaimi. My husband such a perfect. Apa cerita dengan Afiq? Dah alhamdulillah dia dah kawin. Ada anak seorang perempuan. Dah lama tak tahu apa-apa langsung pasal life, persekitaran dan apa-apa update. biarkan dia bahagia dan saya lebih bahagia. Biarkan dia tahu KARMA ALLAH tu ada. Tak jadi kat dia, jadi kat anak dia. Naz? Bertukar-tukar gf, tapi biarlah dia cari kebahagiaan dia. Kawan-kawan semua dah jauh. Kas dah kawin, Alin dah kawin. Syu? masalah besar dengan dia tapi mungkin silap Ain kot. Tangan takleh kawal nak cuba ubah apa yang tak mampu. Kalau la boleh putar balik masa. Dulu kitorang pernah kerja sekali masa TKR, berenti pun sama-sama. Then mungkin la hati ni dengki dengan hidup dia, pakai iphone, ada Honda bapak belikan. Everything is my fault. Its okay la. Takde rezeki nak kekal. Majlis Kasturi dah dekat tapi sekarang dah kerja. Tak boleh nak cuti. Start kerja haritu 07/06/2023. Alhamdulillah ada kerja. Punya la susah kan nak cari kerja sekarang ni. So berkumpul lah diorang semua kat sana. Semakin jauh Siti Nor Ain dari dunia semua orang. Sebelum kawin Ain kerja kat C, tapi berenti sebab nak jaga mertua sakit. Dah raya, hati pun sakit telinga pun panas dengan ipar duai. Terus Amirul sewa rumah lain untuk bini cantik dia ni. Dudukla kami berdua dengan seekor kucing Putih yang diberi nama, "Atih" Alhamdulillah sekarang bahagia. Dia kerja Ain kerja. Dia cuti Insha Allah Ain cuti sama. Dah 6 bulan kawin. Atin dah pregnant anak ke-2. Rezeki dia. Saya? Takde rezeki lagi dari Allah. Tapi redha je. Mungkin belum fit lagi nak membesarkan anak sendiri. Tengok-tengok jela anak akak. Ada sorang tu ikut rupa Maksu dia ni. Sorang lagi tu memang rupa kakak. So kalau Allah kata Ain takde rezeki untuk ada anak sendiri, pinjam la anak Ila tu. Lately selalu sakit kepala. Tidur cukup, makan pun cukup. Mungkin ada stress lain la kot noh. Indah Allah susun jalan hidup kita ni. Cuma kita kurang bersyukur je. Geng, segala pedih sedih hidup kita akan berbayar satu hari nanti. Jangan terlalu fikir kecuali kalau korang jenis macam Ain la. Taknak fikir lagi benda tu menekan-nekan dalam kepala hotak ni. Selagi hati ni tak puas, selagi tu otak ni fikir je. Betul, kesian sangat dengan suami sebab dia dapat isteri yang tak betul macamni. Kadang tu gaduh pasal benda bodoh. Stress sumpah stress. Tapi dia buat bijak dia je. Lelama helok la gitu haha. Ok la geng. Tak tahu nak update apa lagi. Nanti kalau ada curhat lagi muncul la post baru, tu pun kalau tak private post haha. Mungkin kena amik Lesen Kereta. Mungkin kena beli rumah atas nama sendiri. Dari menyewa kan. Hilang terus wak stress saya. Haha. Till meet again. Bye semua.

Monday 6 February 2023

Asam rebus ikan kembung

 

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 ekor ikan kembung
  • 4-5 tangkai bendi
  • 1 batang serai, dititik
  • 4-5 tangkai daun kesum
  • 2 keping asam keping/gelugor
  • garam secukup rasa
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 2 ulas bawang putih
    • 3 biji bawang merah
    • 1 inci kunyit
    • cili merah atau cili padi
    • sedikit belacan, jika suka
    • sedikit air

CARA-CARA:

  1. Kisar kesemua bahan-bahan untuk kisar halus bersama sedikit air. Tuang ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga mendidih. Boleh tambah lagi air kalau nak lebih berkuah.
  3. Masukkan bendi, serai, daun kesum dan asam keping.
  4. Masukkan pula ikan kembung. Rebus sehingga ikan masak. Ikan Kembung tak perlukan masa yang lama sangat untuk dimasak.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Monday 30 January 2023

Cekodok sedap

 BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air panas menggelegak 
  • 1/4 cawan air biasa
  • 1 biji bawang besar – didadu
  • 1 biji cili merah – dihiris halus
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh perencah Cukup Rasa
  • 1 genggam ikan bilis yang telah dicuci
  • Daun bawang
Campurkan semua bahan kecuali air.
Tambahkan air panas sampai sebati. Jangan berair sangat.
Cukup sampai boleh jadi doh dan bulat-bulatkan guna sudu.

Hidang dengan sos.
(Tulis balik resipi pun meleleh airliur)

Boleh ganti ikan bilis dgn udang geragau.

Monday 18 January 2021

Mee Sup

 Mee Sup Istimewa


Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
2 bawang besar - cincang/kisar
1 labu bawang putih - tumbuk
1 sudu besar serbuk rempah sup
1 paket sup bunjut
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan lain:
2 pek mee kuning/mee hoon - celur
1 ikat sawi - celur
Cili kicap - resepi di bawah
Daun sup - hiris
Bawang goreng

Cara cara;
Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. Masukkan bawang besar. Tumis sehingga wangi. 
Masukkan serbuk rempah sup. Kacau seketika.
Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering. 
Masukkan air agak agaklah jumlahnya. Saya guna lebih kurang 1 blender. Masukkan sup bunjut dan garam secukup rasa. Biarkan kuahnya mendidih.
Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau mee hoon bersama bahan bahan lain.

Kalau nak sedap, cili kicap jangan lupa 🤭😋


Cili Kicap (kalau tak buat, tak sedap👎)

Bahan bahan:
Segenggam cili padi - 15 biji cili merah dan hijau
3 ulas bawang putih
3-4 biji limau kasturi - perah airnya
Kicap manis
Garam
Gula
Perasa

Cara cara:
Sangai bawang putih dan cili padi sebelum ditumbuk. Masukkan air perahan limau kastur dan kicap manis. Akhir sekali sesuaikan rasa dan masukkan garam dan gula serta perasa. Siapppp!!

Resipi Lontong

 Lontong Nur Qaseh

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/4 biji kubis
1/4 biji sengkuang - potong panjang
1 batang karot - potong panjang
6 batang kacang panjang
2 biji terung panjang 
1 biji kentang - potong 8 - tak letak
2 keping fucuk - rendam dan potong kecil
1 ikat soo hoon - rendam dan potong kecil
1 keping tempe - potong dadu besar dan goreng
2 keping tauhu - potong kecil dan goreng
2 batang cili merah - hiris
2 batang serai - ketuk
1 cawan udang hidup 
2 santan kotak 
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit

Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering - rendam dan tos

Cara cara:
Masak bahan kisar dan serai bersama air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya. 
Tambahkan air secukupnya ke dalam kuali dan biarkan sehingga ianya mendidih lagi. 
Masukkan semua bahan dan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut.
Masukkan santan dan kacau rata supaya ianya tidak berketul. Masukkan pula udang serta sedikit serbuk kunyit bagi mencantikkan warna.
Akhir sekali masukkan cili merah, tauhu dan tempe yang digoreng. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Terus dikacau kuahnya selepas beberapa minit api ditutup.